Kumpulan Pro-Mahasiswa UM(pembangkang) mencatatkan sejarah penting di negara ini apabila memenangi pilihanraya kampus Universiti Malaya (UM) semalam apabila calon-calonnya memenangi 21 daripada 41 kerusi yang diipertandingkn...klau kau org nak tahu pro mahasiswa ni adalah pihak pembangkang,dan aspirasi(gerakkan).mcm AMNO dgn PAS la..keputusan itu diumumkan oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UM), Prof Madya Datuk Dr Azarae Idris pada jam 3.30 pagi di Dewan Tunku Canselor (DTC) di UM.Memang tegang malam tu.ada protis calon dari pembangkang,biasala pembangkang de jer x puas hati.pada malam tu terjadi kiraan semula sebanyak 3 kali .yg teruk nyer aku yg terpaksa cakap nombor calon satu persatu(pandan dgn muka aku nak jdi kerani undi sgt).kalau x student ni protes lg.nak jer aku lempang sorang2.kau org ni x reti tido ker. aku sampai rumah jam 4.30pg...kesudahan nyer selasa aku x g keje ponteng....
pro-mahasiswa melaungkan TAKBIRR!!!!
Antara fakulti yang dimenangi oleh Pro Mahasiswa adalah :-
APIUM (2) , APMUM (2), Fakulti Undang-Undang (2 - Bebas), Fakulti Sains (1), Fakulti Perniagaan dan Perakaunan (1), Fakuti Perubatan (1), Fakulti Pergigian (1), Fakulti Bahasa (1), Pusat Kebudayaan (1) dan Fakulti Pendidikan (1)
Saudara Hafiz Ilyas dari Akademi Pengajian Islam memperoleh undi tertinggi iaitu sebanyak 5999 undi diikuti oleh saudara Ahmad Syazwan Hasan (Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran) dan saudara Ridzuan Mohamad (Akademi Pengajian Islam).
kali terakhir mereka memenangi pada tahun 1994 pro-mahasiswa..