TAG TAG TAG...

aduh ling ni memang saje nak memeningkan kan kepala aku,mana laa aku nak cari 16 perkara tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup.kadang2 tentang diri aku pun aku tak tahu mana hala tuju aku.ni jer la yg aku tahu tentang diri aku.



1.saya cukup benci org kalau dia belagak bagus

2.saya suka ngok awek lawa,bila dia tahu kita tengok dia jeling kat kita(mcm lawa sgt monyet kat blakang opis aku lagi lawa)

3.saya suka ngok race moto/kete kadang2 nak jd macam mereka(bukn merempit tyau)

4.saya suka lepak opis sampai t/malam kadang2 sampai pul 3-4 pagi(kdang2 kena kacau hantu eee seram nyer)

5.saya suka merayap dgn kawan2 kalau kawan x de sorang pun jadi la.

6.saya tidak suka bawa moto ke kota sbb takut polis buat roadblox(sekarang polis main tahan je w/pun kita bukan mat rempit)

7.saya suka karaoke w/pun sorang jadii nyerr.....(nak masuk af7 nnti)

8. saya x suka dok rumah sbb bosan (kalau kat kg dh lama kena sbat suka merayap jer)

9.saya suka menyusah kan kawan2(iyer ker)

10.suka sgt cuti2 malaysia.....(de negeri x g lagi sperti serawak)

11. kadang2 saya ni malas nak buat keje..suka dok depan pc layan game facebook,blog,forum jer.(boss pun buat x tahu jer)

12.bila saya tgh stress saya karaoke,bawa moto laju2 dll

13.saya suka g luar negara tpi x de wit (mana aku nak cari ibu ayam )

14.saya suka letak wit mana mana bila x de wit baru nak mencari.

15. saya suka bkawan, aku rasa mereka mcm adik beradik terutama sekali davom(syahdu x kauorg)

16. aku suka dgr radio malam2,kdang2 x tutup sampai ke siang(x per bayar bill elektrik sama2)

aku up satu lagi...

17 saya tido berdengkur (kdng2 ak kata aku x bdengkur)




ling kalau ni bukan soalan yg kau hendak,kau kira halal la ek.mals nak pening2 kpl aku ni lagi. kadang2 aku ni kau hendak lain,aku bagi lain.kau pun dh lama kenal aku kan..kikikikikikiki...

SALAM TAKZIAH PADA KELUARGA NUBHAN

AKU DPT BERITA NI DARI BKEM ,TERIMA KASIH BKEM...MARI LA SAMA2 KITA SEDEKAH KAN AL FATIHAH PADA AYAHDE NUBHAN SEMOGA ROH NYER DITEMPAT2 ORG2 YG BERIMAN....


AL FATIHAH....

sunway lagoon@holiday JPPHB/PTM,U.M

pgi hari sabtu hari tu ujan lebat gila,so aku mengambil keputusan yg pasti,mutu dan keunggulan untuk redah jer...tapi bukan naik moto naik teksi...biasa la kan dh la hujan renyai, jalan lak licin.so aku x nak buah pisang berbuah dua kali aku still dgn keputusan aku. gmbr sikit jer yg smpt aku petik sbb aku sibuk main air,lepas ni x tahu lagi dpt datang lagi ke x kan.mahal gila masuk.




di pagi area rumah aku still hujan... (kau org nampak x air hujan tu)
wild wild west world of adventure waters of africa games packed lunch
theme park entrance tiket :
SUNWAY LAGOON THEME PARK.

bayaran dewasa /bujang : RM75 (setiap sorang)

kanak kanak (maksimum hingga 12 thn) : RM67 (setiap seorang)





depan sunway lagoon


cari aku gmbr di atas.bohjan opis

HARI KELUARGA NADI JPPHB/PTM UNIVERSITI MALAYA.

TARIKH : 3 JAN UARY 2009

masa: 9PAGI HINGGA 6 PTG

ATUR CARA PROGRAM..

9-9.45 : PENDAFTARAN & EDARAN WRIST BAND.

10-12 T/HARI : GAMES

1 GORILLA WALK

2 TARIK TALI DALAM AIR

3 PENYU MENETAS

12-1PTG : MAKAN TIME

PENYAMPAIAN HADIAH

LUCK DRAW (sememang nyer aku x penah dpt)

1-6 ptg : SENDIRI BUAT PASAL.

boleh dikata kan seharian aku di dalam theme park hujan jer memanjang. w/pun sejuk dgn hujan AKU Still leh main smua games dlm theme park tu rasa rugi ooooo mahal tu.aku harap tahun depan nadi universiti malaya ni. buat kat bukit merah resort lak..aku x penah gi lagi kay sane.huhuhuh mengharap ni.aku balik lebih kurang pul 5 ptg. ok caux

berpeleseran di kl tower.

mcm blog sambutan tahun baru tu juga,benda ni x dirancang nampak nye smua yg diplan last2 mint jer hahahh...pagi tu sedang aku lena bmimpikan anak raje meminang aku,aku dikejut kan oleh satu call dari bkem....dia ajak pegi kl tower dia kata tiba2 jer dia rasa nak g kl tower tu,aku pulak terus set cadangan dia.memang hari tu aku x de plan pun.lgp hajat org kita kena tunai kan kang tjadi apa2 kat dia sapa yg susaH bdk2 davom juga yg susah kan?.tpi plan tu dia ajak petang sikit.so akuleh la sambung tido,kadaq tido satu hari x tido.bgun2 dh dekat pul5 petang huuhuhuh,satu hari dlm sejarah aku tido selama tu.nasib baik x tido terus.aku bukan sengaja nak bgun lewat,biasa la malam tahun baru mana aku tido.pasal per?.kau org baca la cerita aku kat bawah,malas nak crita lagi.lbh kurang pul 5.30ptg aku kuar terus parking moto caqua aku kat stesen universiti.lbih kurang pul 6 lebih aku naik train LRTputra terus ke setia wangsa.lama la juga aku tunggu mereka,lebih kurang 90min (1jam30min).maka timbul laaa bkem bersama2 dgn ling.so kami btiga bgerakla menuju ke arah yg satu kl tower.yg lain tu aku tepek gmbr jer la ek...

WINTER PARK.


F1 SIMULATION ZONE,
ANIMAL ZONE,



OBSERVATION DECK,



SEKIAN....





































































































































































calebration new year 2009

sebenar nyer calebration ni x di rancang,lbih kurang pul 5 ptg,akuterima mesej dari KA dan bdk davom.ajak lepak di dataran.tp sblum tu aku ajak abi ngok wayang kat ym mcm2 alasan dia beri.tapi last2 dia ikut juga hahahha....mula2 plan pul 9 mlm,abi dan zam ambil aku kat rumah.tapi di anjak kan waktu 10 mlm .jam 10 lebih zam dan abi sampai.kami terus ke stesen bangsar sbb disitu bdk2 davom tunggu bekem,ling,elly dan 3 org sepupu bkem.so kami konvoi 2 kete.sampai di dataran sudah de davom yg menunggu.KA,nurt,wahida,anak KA anis bf dan kawan dia.



ramai kan org kat dataran

kami di dataran x lama,sbb mereka nak beli spray buih di klcc..so sesetengah dari kami menaiki LRT putra.sampai di jalan p.ramlee kami bkumpul di depan night club ALOHA.de org kata disitu memang setiap tahun akan merayakan dgn spray spray ni. sebelum menunggu detik 12 t/malam.bdk2 davom dh standby beli beberapa spray..untung mat2 bagla tu jual spray.

detik 12 malam...






happy new year 2009
gasah kau org main buih...

muka masing2 dh dahaga.

lbh kurang pul 2 pagi,kami ke arah tujuan masing2.w/pun penat tapi kami puas dgn sambutan new year tahun ni.iyerla kan sblum ni de masalah sikit.tapi smua dh selesai...alhamdullilah..aku,zam,elly,ebi pada mula nyer cuma nak karaoke je kat ampang park.tapi pusat karaoke tu tutup jam 2.30 pg.so kami tukar plan ke genting saje.kami sampai di genting lebih kurang jam 3 pg. buat panas jer..
atas gunung genting jam gila...
aku kesejukkan
sarapan pagi di mc donald.genting

jam 7 pagi.sblum pulang
aku sampai di rumah lbih krang jam 8 pg.penat gila seharian x tido.sampai rumah terus tbungkang aku bangun jam 3 ptg.tgh sedap tido aku terima mesej dari beckem,dia ajak aku kuar...nak tahu ke manaaa tungguuuu...k



























































































































































awal muharram 1430 H

1st Muharram 1430H atau dikenali “Maal Hijrah”. Gambar diatas menunjukkan semangat baru yang kental ingin bermula. Jadi, Selamat Tahun Baru kepada semua kaum muslimin. Happy Islamic New Year! Semoga Tahun baru ini kita semua mendapat lebih kerberkatan dan dilimpahi rezeki-rezeki yang halal dari illahi serta mendapat kejayaan yang cemerlang pada tahun ini. Amin.


Pengertian Awal MuharramHari

Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam. Pertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Mekkah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah bagi umat Islam.


Di bawah terdapat doa Akhir dan awal tahun:-





Doa Akhir Tahun ini dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata:
“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakanaku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun”



Dan Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata
“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkandua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan”.

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH1430H

perkahwinan member serumah

kenderaan yg mmbawa aku ke rumah pengantin di kuala kangsar,perok

selamat pengantin baru,kawen juga kau ekk w/pun umor kau dh 32 tahun
dan pasangan nyer baru 25 taun... ni kan dinama kan jodoh
arah ke rumah pengantin
sebelum sampai di rumah pengantin jem gila selepas tol. rombongan mak cik kiah bila lak turn aku ek..sungai kuala ,tmpt yg paling femes di kuala kangsar.



sebelum balik ke kuala lumpur,singah kejap ke kedai kraftangan labu dan pasu bunga di perak pe nama tempat lupa lak....

labu bentok bola...kalau buat hadiah toudement futsal ok juga ni... lawa2 kan,aku syor kan kalau pergi ke perak,jangan lupa singah kedai labu dan pasu.pasti berbaloi belanje..

awek awek ni kata nyer belajar di kraftangan malaysia..lawa kan dia..bukan pasu yg dia ukur tu awek tu kikikikikikiki
.............................................................................................................................................................>>
so kepada mmber aku tu,selamat pengantin baru.dan pada mmber2 aku yg x kawen macam aku ni.bila lagi nak kawen...x kan omur 30 baru nak cari calon kot. :))