VALENTINE's DAY

semperna hari kekasih ni,aku nak bermadah sikit,(wah jiwang gila aku)


- Bagaimana harus di luahkan,Perasaan ku pada mu,Yang selama ini ku pendamkan,Dalam diam ku Sukar untuk ku berterus-terang,Tentang perasaan ini,Bimbang seandainya tak kau terima,Musnah harapan ku,Bagaimana harus aku,Menghadapi semua itu,Sedangkan kUmenyintai mu sepenuh hati,Tak mudah untuk ku melupakan diri mu,Kau bagi ku segala-galanya,Pada yang maha kuasa,Ku panjatkan doa,Moga dibukakan pintu hati mu,Kan ku buktikan kejujuran cinta ku,Jangan biar keraguan,Menghantui jiwa ku,Dalam ku meniti sebuah kepastian,Dari bibir mu…oh kasih




-Luahkan cinta mu sebelum terlambat. Jangan biarkan tanda-tanya terus besarang dihati tanpa berusaha untuk menemukan jawapannya~


MADAH CINTA


Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.


- Jangan menjadi seperti aku, sering mengalah sebelum berjuang.. Kerana aku merasa diri ini serba kekurangan berbanding dengan orang lain. Bila keyakinan diri goyah maka kegagalan akan menjadi teman kita yang paling setia. Ayuh berjuanglah dan menangilah cinta mu. Bak kata pujangga… Biar putih tulang jangan putih mata



No comments: